suria

Exco Pulau Pinang Terima Toyota Camry Baharu

Mohd Ali Nagoor, 51, pemandu kepada ketua menteri mengelap kereta Toyota Camry baharu itu di tempat letak kereta di Komtar.

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menerima 15 buah Toyota Camry 2.5 untuk kegunaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan di negeri ini.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tiba di Komtar menggunakan salah sebuah kenderaan tersebut dengan nombor pendaftaran PG1 untuk menyerahkan kunci kereta tersebut kepada beberapa ahli Exco termasuk Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II, Dr P.Ramasamy, Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Jait.

Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Penasihat Undang-Undang Negeri itu turut menerima kereta baharu tersebut.

Lim berkata kerajaan negeri itu membelanjakan RM113,500 untuk setiap kereta itu dan beberapa kereta lama akan diserahkan kepada jabatan lain di negeri itu atau dijual.

Difahamkan enam buah Mercedes Benz dan sembilan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif sebelum ini berusia antara 12 dan 21 tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain