suria

Tan Sri Samsudin Osman Dilantik Canselor UCB

Samsudin Osman.
Samsudin Osman.
Samsudin Osman.

SETIU: Kolej Universiti Bestari (UCB) melantik bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman sebagai Canselornya yang akan dimasyhurkan dalam konvokesyen UCB Sabtu ini.

Selain itu, UCB juga melantik bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimudin Mohd Don dan Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Wan Ismail Wan Yusoh sebagai Pro-Canselor.

"Dalam majlis itu juga Tan Sri Samsudin akan menyampaikan sijil dan diploma kepada 500 graduan," kata Naib Canselor UCB Prof Dr Mustapha Ismail dalam sidang media di sini, Khamis.

Mustapha berkata, dalam majlis itu juga lima graduan terbaik akan menerima anugerah iaitu tiga Anugerah Pengerusi Eksekutif UCB dan masing-masing satu Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Tertinggi Canselor.

UCB ditubuhkan pada 1998 dan dikenali sebagai Kolej Teknologi Bestari sebelum dinaik taraf menjadi kolej universiti pada 1 Ogos 2012. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain