Agong Titah Semua Pihak Perlu Tangani Fahaman Syiah - Mufti Kedah

JITRA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu semua pihak menggembleng tenaga untuk menangani penyebaran fahaman syiah di negara ini.

Mufti Kedah Datuk Syeikh Mohamad Baderuddin Ahmad berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan perkara itu semasa beliau menghadap Seri Paduka yang juga Sultan Kedah di Istana Anak Bukit dekat sini Rabu.

Katanya Seri Paduka melahirkan kebimbangan terhadap penularan fahaman syiah yang semakin serius di negara ini termasuk di Kedah walaupun penyebaran fahaman itu dilarang di negara ini.

Tuanku Abdul Halim turut menitahkan supaya hukuman berat dikenakan terhadap mereka yang dikesan menyebarkan fahaman itu yang cuba menghakis pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini, katanya.

Syeikh Mohamad Baderuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama di seminar menangani isu Syiah di Malaysia peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Zon Utara, di sini, Khamis.

Mohamad Baderuddin berkata golongan muda antara mereka yang mudah tertarik terhadap fahaman syiah kerana difahamkan ditawarkan wang ringgit dan lawatan ke luar negara.

"Baru-baru ini ada maklumat yang diterima, ada remaja yang telah menunjukkan kepada rakannya kesenangan selepas dia ikut syiah. Remaja ini tak ada kereta sebelum ini dan bila dia masuk syiah dia dah ada kereta dan kesenangan. "Umpan-umpan macam ini boleh menawan hati remaja untuk ikut syiah ini. Mereka juga tertawan dengan tarikan nikah mutaah yang memudahkan pasangan untuk berkahwin selain dibawa membuat lawatan ke negara yang dipimpin syiah. Semua ni nak tarik ramai orang masuk syiah," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Didakwa Bunuh Suami

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain