suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Didakwa Bunuh Suami

SUNGAI SIPUT: Seorang wanita warga emas pada Jumaat didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh suaminya pada 20 Ogos lepas.

Wong Lan @ Wong Yit Kwai, 65, didakwa membunuh suaminya Yau Yen Kooi, 73, di sebuah rumah di No 161, Kampung Baru Rimba Panjang, Sungai Siput di sini pada pukul 12 tengah hari.

Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid, namun tiada pengakuan direkodkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zahidah Abdullah memohon tarikh sebutan semula bagi membolehkan pihaknya mendapatkan laporan bedah siasat dari Hospital Sungai Siput.

Ahmad Shamil kemudiannya menetapkan kes disebut semula pada 30 September ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Patut Contohi YES - PM

Artikel Lain