21 Restoran Tomyam di P. Pinang Diarah Tutup - Semasa | mStar

21 Restoran Tomyam di P. Pinang Diarah Tutup

GEORGE TOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan 21 premis menjual tomyam dan makanan laut di negeri ini ditutup setelah gagal mematuhi peraturan kebersihan.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata 'Ops Tomyam' selama tujuh jam berakhir 1 pagi itu turut mendapati 70 peratus daripada pekerja premis berkenaan tidak memiliki sijil pengendali makanan.

"Setakat Ogos hanya 8,163 pengusaha makanan yang berdaftar dengan jabatan kita untuk mendapatkan sijil, sedangkan bilangan pekerja premis makanan di negeri ini melebihi jumlah itu. "Antara kes lain yang dikesan adalah kehadiran tikus serta lipas dalam premis, bahan makanan diletakkan atas lantai serta penggunaan alatan memasak yang kotor," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Beliau berkata sebanyak 37 premis makanan diperiksa iaitu tujuh di Seberang Perai Selatan, Timur Laut (11), Seberang Perai Utara (empat), Barat Daya (11) dan empat di Seberang Perai Tengah.

Ku Nafishah berkata premis terbabit diarah tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan mereka harus menjalankan kerja pembersihan sebelum diperiksa sekali lagi dan dibenarkan berniaga semula.

Dalam operasi itu pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan 81 kompaun berjumlah RM9,240 kepada peniaga berkenaan, katanya.

Orang ramai boleh menghubungi jabatan itu di talian 04-2017277 jika mempunyai sebarang aduan melibatkan premis makanan kotor di negeri ini. -BERNAMA

Artikel Berikut

44 Individu Ditahan Ops Cantas Khas KL

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain