suria

Soal Siasat Kanak-Kanak Tanpa Kebenaran Ibu Bapa Bukan Kesalahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan polis menyoal siasat kanak-kanak tanpa kebenaran atau kehadiran ibu bapa atau penjaga tidak boleh ditafsir sebagai melanggar undang-undang.

Ini kerana katanya walaupun Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan perkara itu, ada kes tertentu membolehkan kanak-kanak disoal siasat oleh polis tanpa kehadiran penjaga mereka.

"Ada kes-kes yang mana kita perlu menyoal kanak-kanak ini tanpa perlu panggil penjaga atau ibu bapa mereka. Janganlah ada pihak-pihak yang nak ugut kita berkenaan isu ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan peguam hak asasi manusia, Edmund Bon yang menggesa ibu bapa menyaman pasukan keselamatan itu jika anak mereka disoal siasat tanpa kebenaran penjaga masing-masing.

Bon merujuk kepada beberapa laporan mengenai pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana di Sungai Buloh yang mendakwa disoal siasat oleh polis tanpa kebenaran ibu bapa mereka berhubung isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu.

Mengulas lanjut Khalid berkata: "Kalau nak saman-samanlah... Ada sebab-sebab kita buat macam tu. Jangan takutkan kita." BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain