'Geng 36' Salah Sebuah Kumpulan Penjenayah Paling Ditakuti Di Negara Ini

KUALA LUMPUR: Geng 36 pada asalnya terdiri daripada ahli kumpulan berbangsa Cina sebelum ia diambil alih oleh kaum India untuk menjadi salah satu golongan yang secara rahsia paling ditakuti di negara ini.

Evolusi kumpulan ini telah dikaitkan dengan keengganan bilangan ahli pengasas berbangsa Cina yang semakin meningkat untuk tidak terlibat menjadi "inti-pati" jenayah terancang.

"Penat melakukan kerja-kerja jenayah, mereka mengupah mereka yang berbangsa India untuk melakukannya," kata seorang pakar jenayah yang enggan namanya disiarkan.

"Selepas beberapa waktu, bilangan samseng Cina diatasi oleh kaum India dan tidak lama selepas itu ia telah dilihat sebagai kumpulan India. Tetapi itu tidak sepenuhnya benar kerana kebanyakan kumpulan penjenayah di Malaysia mempunyai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum," katanya.

Menurut pakar ini, masih terdapat ahli-ahli Cina dalam Geng 36, tetapi mereka memainkan peranan yang lebih pasif sebagai "pelabur".

Mereka 'melaburkan' wang ke dalam kumpulan itu untuk membiayai aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka menggandakan wang mereka.

"Kebanyakan masa mereka akan dihabiskan dengan pekerjaan yang sah seperti terlibat dalam bidang hartanah."

Pakar itu berkata corak evolusi biasanya dapat dilihat dalam banyak kumpulan lain di negara ini.

"Pada mulanya, hanya terdapat kumpulan-kumpulan Cina, yang merupakan limpahan anggota kongsi gelap dari China," katanya.

Beliau berkata ketakutan di kalangan Geng 36 telah membawa kepada ramai samseng yang hanya menggunakan namanya untuk menubuhkan kumpulan mereka sendiri, sambil menyatakan keahlian adalah sukar untuk disahkan kerana ia merupakan sebuah organisasi yang longgar.

Kemasukan anggota India ke dalam kumpulan-kumpulan ini juga disebabkan oleh iklim semasa sosioekonomi negara dan sifat tidak berstruktur dalam melakukan jenayah itu sendiri, kata Ketua Pemuda MIC T. Mohan.

"Kemiskinan memainkan peranan yang besar. Semakin ramai belia berbangsa India didorong untuk menyertai kumpulan-kumpulan ini kerana mereka merasakan mereka tidak mempunyai cara lain untuk mencari rezeki," katanya.

Beliau berkata mereka yang baharu menjadi ahli kumpulan samseng mendakwa mereka adalah milik kumpulan tertentu untuk kepentingan yang berkaitan.

"Kumpulan-kumpulan ini tidak teratur. Tembakan yang berlaku adalah pertikaian yang tidak berkaitan antara kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai kebebasan baru untuk menggunakan senjata api," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain