suria

Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pengkalan Semeling, dekat sini malam Sabtu.

Saad Mansor yang berusia dalam lingkungan 80-an dan dipercayai tinggal bersendirian di rumah berkenaan, ditemui dalam keadaan rentung dalam kejadian 8.30 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Rosdi Ismail berkata, sebuah jentera bomba bersama sembilan anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

"Kita masih menyiasat punca kejadian," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Seentara itu, jenazah Saad dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain