suria

Bekas Kerani Pos Didakwa Pecah Amanah RM670

PETALING JAYA: Seorang bekas kerani cawangan Pejabat Pos di Puchong, dekat sini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan pecah amanah wang hasil kutipan harian pejabat pos itu berjumlah RM670, tiga tahun lepas.

Noor Faizlawaty Suratman, 31, didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter nombor 2, Pejabat Pos Malaysia, Cawangan Pasaraya Giant, Bandar Kinrara, Puchong, di sini, pada 1.45 petang, 28 Julai 2010.

Wanita tersebut didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat atau denda jika sabit kesalahan.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan soerang penjamin dan menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam Datin Raj Preet Kaur. - BERNAMA

Artikel Lain