suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perak: Dua Menteri Tumbang, Tiga Kekal, Zambry Menang Di Pangkor

IPOH: Dua menteri kabinet tumbang di Perak manakala tiga yang lain terus mempertahankan kerusi masing-masing.

Dua menteri berkenaan ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Koh Cho Ha yang merupakan penyandang Parlimen Lumut dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong, penyandang Parlimen Kampar.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Tambun), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi (Bagan Datoh) mempertahankan kerusi masing-masing.

Sementara itu menteri besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir mengekalkan kedudukannya di DUN Pangkor dengan majoriti 5,615.

Koh tewas kepada calon daripada Parti Keadilan Rakyat Mohamad Imran Abd Hamid yang mendapat lebih 4,832 undi.

Manakala di Kampar, Lee ditewaskan calon baru DAP, Ko Chung Sen yang merupakan doktor dan pakar bedah.

Dengan kekalahan dua menteri ini, ini juga bermakna dua kubu kuat Barisan Nasional telah tumbang.

Artikel Lain