500 Ahli NGO Desak Guan Eng Tunai Janji Dalam Manifesto PRU-12

GEORGE TOWN: Kira-kira 500 ahli lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi aman secara berasingan bagi mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menunaikan janji pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-12 lepas.

Kira-kira 300 anggota Malaysian Youth Rights Movements, 1Malaysia Brothers dan Pertubuhan Belia Komuniti Pulau Pinang berkumpul pada 1.30 tengah hari di Jalan Macalister di sini dan berarak sejauh dua kilometer ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang turut menempatkan pejabat Ketua Menteri.

Mereka memakai baju berwarna biru muda bertulis "Don't Take Away Our Freedom" dan membawa sepanduk serta kain rentang turut melaungkan "kami tak nak ubah", "mana rumah kos rendah", "di mana peruntukan untuk kaum India" dan "sudah lima tahun tol berjalan bila mansuh" sepanjang perarakan itu.

Presiden Malaysian Youth Rights Movement, Shen Yee Aun kemudiannya menyerahkan memorandum kepada Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Shum Jian Wei.

Shen berkata memorandum itu mengandungi 10 perkara, antaranya bantahan terhadap projek terowong dasar laut, menuntut janji penghapusan tol, memperbaiki akses Penang Free Wifi, peruntukan kebajikan untuk kaum India dan isu kos rumah rendah. "Kami minta ketua menteri beri jawapan dalam tempoh seminggu jika tidak kami akan mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana isu-isu yang dikemukakan itu berkaitan hak rakyat," katanya kepada pemberita.

Shen turut menggesa Lim menyiasat ugutan membunuh dan merogol di laman-laman sosial oleh 'cybertroopers' propembangkang yang didakwanya semakin berleluasa terhadap individu tertentu yang dianggap tidak menyokong perjuangan mereka.

Sementara itu, kira-kira 200 anggota lima NGO dan anggota akar umbi PAS mengadakan perhimpunan dan berarak ke Komtar selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Enam, Jalan Macalister.

NGO berkenaan ialah Warisan Anak Merdeka, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Pertubuhan Pribumi Perkasa Pulau Pinang, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Pulau Pinang dan Suara Anak-anak Malaysia.

Wakil NGO itu, Abdul Ghani Harun menyerahkan surat untuk ditandatangani oleh Lim sebagai tanda persetujuan untuk menarik semula kenyataannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Surat itu diterima Penolong Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Watawa Nataf Zulkifli.

Perhimpunan yang berakhir kira-kira 3 petang itu turut dikawal ketat pasukan keselamatan termasuk Unit Tindakan Ringan (LSF) yang diketuai Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng. -BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain