Umno Beaufort Yakin Pertahan Kerusi Parlimen Beaufort - Semasa | mStar

Umno Beaufort Yakin Pertahan Kerusi Parlimen Beaufort

BEAUFORT: Umno Beaufort yakin dapat mempertahankan kerusi parlimen kawasan itu pada pilihan raya umum akan datang, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir yang juga 'bapa angkat' Umno Beaufort berkata keyakinan itu berdasarkan maklum balas penduduk yang menunjukkan sokongan meningkat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kesepaduan semua sayap Umno di bawah pimpinan Isnin Aliasnes selaku pemangku Ketua Umno Beaufort, Alhamdulillah, saya lihat Beaufort antara kubu kuat yang akan kembali kepada BN," katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan dengan empat sayap Umno bahagian itu, di sini Ahad.

Kerusi Parlimen Beaufort kini disandang bekas Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Lajim Ukin yang memenanginya pada 2008. Bagaimanapun Lajim bertindak melepaskan semua jawatannya dalam Umno pada Julai tahun lepas.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata masyarakat Sabah bijak menilai bahawa selama ini BN banyak membantu dalam kehidupan mereka.

Mengulas isu berbeza, Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan kerajaan menerusi Tabung Haji tidak mengamalkan kuota mengikut negeri dalam menentukan jemaah haji negara ini.

"Kuota haji mengikut DUN (Dewan Undangan Negeri) dengan peruntukan 300 orang bagi setiap kawasan itu tidak betul dan kita ada juga mempertimbangkan permohonan daripada kerajaan Sabah selain mereka yang terpilih dari program tajaan haji 1Malaysia Development Berhad," katanya.

Katanya soal kuota negeri atau kawasan seharusnya tidak timbul kerana jumlah jemaah haji setiap negeri tidak pernah dikurangkan dan kuota jemaah haji negara ditetapkan kerajaan Arab Saudi mengikut jumlah penduduk Malaysia.

Sejak dua tahun lepas, kuota jemaah Malaysia dinaikkan kepada 28,000 orang berbanding 26,000 sebelum ini, katanya.

Beliau mengulas mengenai risalah yang diedar pembangkang yang menjanjikan kuota 300 jemaah haji setiap DUN jika mereka menang pilihan raya umum ke-13. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain