suria

Angka 12.12.12 Mudah Dingati Tetapi Bersifat Lemah

PETALING JAYA: Ia adalah tarikh yang mudah diingati tetapi bagi pakar feng shui dan numerologi, angka 12.12.12 tidak sesuai untuk acara-acara yang bertuah.

Pengiraan numerologi juga menunjukkan hari ini (Rabu) adalah sebenarnya tarikh yang "lemah".

"Tiada apa-apa yang istimewa tentang tarikh ini. Ia adalah seperti mana-mana tarikh lain," kata pengasas Institut Geomancy Sains dan Feng Shui, Prof Master David Koh.

"Walaupun ia bukan tarikh bertuah, ramai yang memilih untuk berkahwin pada tarikh ini semata-mata kerana ia adalah unik dan mudah diingati," katanya.

Ahli astrologi, Master Yuvaraj Sowma berkata rakyat perlu meningkatkan amalan rohani mereka dalam apa jua amalan kerana akan memasuki "tempoh yang mencabar" dari hari ini sehingga 24 dis.

"Rakyat harus mengelak daripada melakukan perjalanan, membuat keputusan penting, perkahwinan dan perkongsian perniagaan," katanya dalam satu temu bual dari Chennai, India.

Pakar numerologi, Sushmeetha Morugan berkata, mengikut kepercayaan sesetengah pihak tarikh itu tidak akan membawa untung.

"Tarikh itu tidak mempunyai tenaga yang baik. Adalah lebih baik pada tarikh ini untuk tidak melakukan apa-apa yang menguntungkan seperti memulakan perniagaan atau berkahwin," katanya.

Artikel Lain