suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Garis Panduan Kenal Pasti Gay Dan Lesbian Di Sekolah Asas Diskriminasi - MAM

KUALA LUMPUR: Majlis Aids Malaysia (MAM) menolak langkah memperkenalkan garis panduan bagi membantu ibu bapa dan guru mengenal pasti simptom gay dan lesbian dalam kalangan pelajar sekolah.

Presidennya Datuk Dr Raj Karim berkata perbuatan mengenal pasti seseorang berdasarkan kecenderungan seksualnya merupakan asas kepada diskriminasi.

"Kita semua tahu impak negatif amalan sedemikian ke atas kehidupan golongan minoriti ini terutama mereka yang hidup di luar pinggir masyarakat. Langkah ini akan terus mendorong mereka untuk bersembunyi dan memaksa mereka hidup dengan rasa takut akan dikenal pasti," katanya dalam kenyataan, di sini Rabu.

Beliau mengulas garis panduan mengenal pasti gejala gay dan lesbian yang dikeluarkan Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Majlis Perundingan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Putrajaya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata garis panduan yang tidak berasas itu hanya akan mewujudkan sikap tidak bertoleransi dalam kalangan murid sekolah dan mereka yang menampilkan 'simptom' akan didiskriminasi, diejek dan dibuli rakan sebaya.

"Kita tidak boleh benarkan perbuatan mengecap orang lain ini meresap dalam sistem pendidikan kita dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan semua kanak-kanak diberi peluang membesar dalam suasana selamat," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain