suria

Tun Razak Exchange Beri Faedah Kepada Bukit Bintang, Pudu, Kg Pandan

KUALA LUMPUR: Tun Razak Exchange (TRX) yang akan dibangunkan tidak lama lagi (TRX) di bahagian selatan Jalan Tun Razak di sini, dijangka dapat mewujudkan kesan limpahan positif kepada kawasan sekitar Bukit Bintang, Pudu dan Kampung Pandan, kata penganalisis yang biasa dengan projek pembaharuan bandar.

Dahulunya dikenali sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, TRX akan menjadi pemboleh kritikal dan pemangkin penting untuk Wawasan 2020 kerajaan dan inisiatif Program Transformasi Ekonomi serta bersedia untuk menarik lebih daripada RM3.5 bilion dalam pelaburan langsung asing.

Pembinaannya dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Penganalisis kanan RHB Research Institute, Loong Kok Wen berkata, nilai hartanah di kawasan sekitar TRX akan secara beransur-ansur meningkat berikutan kemudahan pengangkutan dan infrastruktur baru.

Beliau berkata, kadar kenaikan boleh kira-kira lima peratus setahun dan akan terdapat belian spekulatif hartanah berhampiran kawasan itu juga.

"Walaupun peningkatan lebih besar akan bergantung kepada stesen MRT, tetapi saya percaya kenaikan nilai hartanah yang terletak di sekitarnya akan berlaku," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi baru-baru ini.

Pembangunan kawasan seluas 28.3 hektar di Jalan Tun Razak juga dijangka membawa RM26 bilion pada hasil pembangunan kasar.

Loong berkata, pembangunan itu bukan sahaja memberi kesan ke atas hartanah komersial tetapi juga hartanah kediaman.

Beliau berkata, pemaju akan cenderung untuk membina projek-projek mereka di persekitaran kawasan seperti Kampung Pandan, Pudu dan Bukit Bintang memandangkan kawasan-kawasan ini bersedia untuk mendapat sambutan yang baik.

"Hartanah baru di sekitar TRX berkemungkinan menikmati jualan yang baik memandangkan pembeli yakin permintaan masa hadapan bagi hartanah mereka apabila hab kewangan siap," katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan AMMB Holdings Bhd, Ashok Ramamurthy berkata, projek itu akan mempunyai kesan limpahan terhadap pelaburan hartanah di mana ramai orang akan berharap untuk mempunyai pejabat atau rumah mereka, terutama berdekatan dengan TRX.

"Pemaju hartanah akan mengambil kesempatan ini untuk merancang projek-projek mereka dalam kawasan ini untuk menarik pembeli tempatan dan asing," katanya.

Beliau berpendapat bahawa Malaysia "agak selesa" dengan tahap pendedahan yang sektor hartanah sedang menikmati kini.

"Saya percaya harga hartanah di kawasan berhampiran TRX akan meningkat," kata beliau.

Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong), Prof Dr Chin Yew Sin berpendapat hartanah di kawasan sekitar TRX akan meningkat dengan lebih besar apabila orang melihat pembangunan fizikal TRX.

Beliau berkata, pembangunan hartanah di kawasan berhampiran TRX pastinya akan menikmati permintaan dan harga sewa bagi kediaman dan komersial turut akan meningkat.

"Benefisiari segera akan merupakan mereka yang kini memiliki hartanah sendiri dalam kawasan sekitarnya," kata beliau.

Dr Chin berkata, kesan limpahan juga akan memberi manfaat kepada penjaja, restoran dan hotel di kawasan tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain