suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ATM Tidak Tambah Anggota Semasa Aidilfitri

KOTA TINGGI: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menambah bilangan anggotanya bertugas di sempadan negara semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Bercakap kepada pemberita di Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang di sini pada Jumaat, beliau berkata keadaan keselamatan di kawasan sempadan pada masa ini adalah selamat.

Beliau, bagaimanapun berkata anggota tentera yang bertugas di kawasan berkenaan diarah meningkatkan tahap kewaspadaan dan kesiapsiagaan pada setiap masa agar keselamatan negara tidak terancam.

"Ini kerana penjenayah rentas sempadan besar kemungkinan mengambil peluang meningkatkan aktiviti mereka kerana menjangkakan tahap kewaspadaan dan kesiapsiagaan adalah rendah semasa sambutan hari lebaran ini," katanya semasa melawat pos tentera itu.

Pada lawatan tersebut, Zulkifeli turut meluangkan masa berbuka puasa bersama anggota Regimen 2 Kor Amor Diraja yang diketuai Pegawai Pemerintahnya Lt Kol Mohammad Razeif Che Ahmad.

Zulkifeli turut mengagihkan sumbangan raya daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) kepada anggota yang bertugas di pos tentera berkenaan.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad dan Panglima 7 Briged Infantri Brigadier Jeneral Datuk Mohd Dalib Basir. BERNAMA

Artikel Lain