Aliran Trafik Arah Utara Masih Sesak - Semasa | mStar

Aliran Trafik Arah Utara Masih Sesak

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di bahagian utara iaitu dari Slim River ke Sungkai dilaporkan sesak ketika ini manakala keadaan trafik di lebuh raya utama yang lain terkawal menjelang tengah hari Sabtu.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata keadaan trafik dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar yang sesak berbelas-belas kilometer ekoran satu kemalangan membabitkan tiga buah kereta pagi ini sudah kembali lancar.

"Trafik sedikit perlahan di Bukit Gantang ke Changkat Jering, Bukit Merah ke Alur Pongsu dan Bukit Tambun ke plaza tol Juru.

"Aliran trafik ke arah Selatan juga perlahan dari Nilai ke Seremban. Trafik di plaza tol Gombak ke Terowong Karak dan Genting Sempah ke plaza tol Bentong juga perlahan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh