Tidak Perlu Perbaharui Lesen Mesin Cetak, Permit Penerbitan Selepas 15 Julai - Semasa | mStar

Tidak Perlu Perbaharui Lesen Mesin Cetak, Permit Penerbitan Selepas 15 Julai

PETALING JAYA: Pemegang lesen mesin cetak dan permit penerbitan sedia ada tidak perlu memperbaharui lesen dan permit secara tahunan, berkuatkuasa pada 15 Julai lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim berkata, lesen mesin cetak dan permit penerbitan sedia ada yang tamat selepas 15 Julai 2012 akan kekal sah sehingga dibatalkan oleh kerajaan.

“Pemansuhan pembaharuan tahunan lesen mesin cetak dan permit penerbitan ini selaras dengan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Alwi berkata, proses pembaharuan lesen mesin cetak dan permit penerbitan yang tamat tempohnya sebelum 15 Julai 2012 perlu dilakukan.

“Permohonan baru bagi kedua-dua kategori adalah kekal tidak berubah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, semua pemegang lesen dan permit berkenaan perlu memaklumkan kepada KDN sekiranya berhasrat melakukan pertukaran maklumat berkaitan dengannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel