suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

649 Tangkapan Kes Pemerdagangan Orang Sejak 2008

KUALA LUMPUR: Sebanyak 694 tangkapan kes pemerdagangan orang telah dilakukan agensi penguatkuasaan dari 2008 hingga 31 Mei lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata daripada jumlah itu, 518 (75 peratus) tangkapan adalah rakyat Malaysia, manakala selebihnya, 176 (25 peratus) warganegara asing.

Antara agensi penguatkuasa yang terlibat dalam tangkapan tersebut ialah polis, Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja, katanya menjawab soalan Senator Dayang Madinah Tun Abang Openg.

Menjawab soalan tambahan Dayang Madinan, Lee berkata kerajaan sentiasa berusaha membanteras kes pemerdagangan manusia. "Antara usaha yang dilaksana kerajaan adalah melalui pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang mengenakan penalti terhadap kesalahan sebanyak RM1 juta bagi setiap kesalahan," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain