suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut Dilanggar Ketika Hendak Beli Minyak

BELURAN: Seorang wanita yang dalam perjalanan ke kedai untuk membeli minyak masak maut dalam kejadian langgar lari di Kampung Lingkabau, Kilometer 116, Jalan Telupid-Paitan dekat sini, Rabu.

Winangkas Rangas, 63, dipercayai dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda kira-kira pukul 5 petang dan pemandu kereta itu melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan mayatnya ditemui oleh penduduk kampung di tepi jalan.

Siasatan awal mendapati kenderaan terbabit dipercayai jenis Toyota Vigo berwarna kelabu berdasarkan serpihan komponen kereta yang ditemui di lokasi kejadian, katanya.

Beliau berkata kenderaan itu dipercayai dipandu laju sebelum melanggar mangsa yang ketika itu berjalan berseorangan di tepi jalan.

Polis meminta pemandu terbabit datang menyerah diri di Pejabat Polis Trafik Beluran bagi membantu siasatan kes itu. - BERNAMA

Artikel Lain