suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

APMM Tahan Dua Bot Nelayan Disyaki Pukat Ikan Secara Bergandingan

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan tempatan yang disyaki melakukan aktiviti penangkapan ikan secara bergandingan di perairan Pulau Bidong, Khamis lalu.

Kedua-dua bot nelayan tempatan iaitu TRF 1304, Kelas C jenis pukat jerut dan sebuah bot kargo Nur 4 dikesan 10.36 pagi oleh kapal maritim APMM.

Menurut Laskar Kelas I Maritim, Salina Salleh penangkapan tersebut adalah hasil aduan orang awam.

"Bertindak atas aduan tersebut, kapal APMM bersama beberapa anggota segera bergerak ke lokasi berkenaan dan setibanya di lokasi, kelihatan dua bot baru saja selesai memukat ikan secara bergandingan," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya tujuan mereka melakukan perbuatan itu adalah untuk mengaut keuntungan dengan lebih cepat tetapi aktiviti itu diharamkan di negara ini kerana ia akan merosakkan terumbu karang dan menjejaskan hasil tangkapan nelayan.

Katanya hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot kargo Nur 4 lengkap dengan pukat menangkap ikan.

Kedua-dua bot berkenaan bersama tekong dan awak-awaknya ditunda ke Jeti APMM di sini untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain