suria

Kumpulan Lotus Lucut Jawatan CEO Serta-Merta

Dany Bahar
Dany Bahar
Dany Bahar

KUALA LUMPUR: Kumpulan Lotus telah mengesahkan bahawa Dany Bahar telah ditamatkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Lotus berkuat kuasa serta-merta dan melantik ketua pegawai operasi baru.

Dalam satu kenyataan di laman webnya, syarikat ini pada lewat Khamis berkata keputusan itu telah dibuat oleh ahli lembaga Kumpulan Lotus "berikutan satu keputusan penyiasatan terhadap aduan yang dibuat terhadapnya oleh syarikat DRB-Hicom Bhd".

Kenyataan itu juga menyebut Aslam Farikullah, 51 tahun, telah dilantik sebagai ketua pegawai operasi berkuat kuasa serta-merta.

Aslam mempunyai pengalaman kerja lebih 26 tahun, yang sebahagian besarnya adalah dalam industri automotif.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, yang juga pengerusi Lotus berkata: "Saya ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kami tetap komited untuk memastikan operasi perniagaan secara berterusan dan meletakkan masa depan Lotus Group ke paras seterusnya untuk kekal relevan dalam industri automotif global.

"Saya berharap dapat membawa faedah bersama kepada bukan sahaja DRB-Hicom dan Proton Holdings Berhad tetapi juga Kumpulan Lotus dan pekerja di samping menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif British."

Artikel Lain