suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Bantah 'K-Pop Ala PKR'

PETALING JAYA: Majlis Makan Malam Parti Keadilan Pakyat (PKR) di Pulau Pinang yang diserikan persembahan tiga gadis seksi memakai skirt pendek ala K-Pop mengundang kemarahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, majlis 'Bertam Nite' anjuran Cabang Kepala Batas itu jelas bertentangan dengan dasar parti berkenaan.

"Acara bertentangan dengan dasar parti, akan diputuskan dalam mesyuarat malam nanti," katanya menerusi laman twitternya pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada seorang pengikut twitter yang ingin mengetahui pendiriannya berhubung penganjuran majlis makan malam tersebut yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Media pada Rabu menyiarkan gambar daripada klip video yang memaparkan aksi tiga gadis berpakaian seksi sedang menari menghiburkan tetamu yang kebanyakannya ahli PKR dan penyokong PAS.

Beberapa laman blog turut menyiarkan klip video berdurasi hampir seminit itu.

'Bertam Nite' diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat kawasan Bertam.

Artikel Lain