suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Melayu Rakyat Malaysia Ditahan Edar Dadah Di Bangkok

BANGKOK: Seorang wanita Melayu warganegara Malaysia telah ditahan di sini setelah pihak berkuasa menemui sejumlah 4.8 kilogram dadah bersamanya dalam satu operasi yang dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Rabu lalu.

Noor Shahidah Osman, 47, tiba di sini dari Benin, Afrika Barat bersama-sama dadah berkenaan yang dianggarkan bernilai AS$500,000 di pasaran.

Pihak kastam lapangan terbang itu telah menemui dadah tersebut yang lebih dikenali dengan panggilan 'ice' tersembunyi di dalam 11 buah tas tangan yang ditempatkan di dalam bagasi utamanya.

Pengarah Siasatan Kastam Thailand, Rakop Srisupaat berkata, alasan suspek yang mengatakan dia telah membeli tas tangan itu di Afrika tanpa mengetahui di dalamnya mengandungi dadah sebagai sesuatu yang sukar untuk diterima.

"Kami kini sedang menyiasat siapakah peraih yang sepatutnya membeli dadah tersebut di sini...," ujarnya lagi.

Artikel Lain