suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Perniagaan Didakwa Perdagang Pembantu Rumah Indonesia

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan memperdagangkan pembantu rumah warga Indonesia dengan tidak membayar gaji selama empat bulan berturut- turut, tahun lepas.

Ling Ai Leng, 62, didakwa memperdagangkan Feronika Tafuli, 23, bagi tujuan eksploitasi dengan memaksa pembantu rumahnya itu melakukan kerja atau perkhidmatan selama empat bulan berturut-turut di rumah No 30E, Jalan Selamat, Off Jalan Gombak, Setapak, Sentul di sini, dari September hingga Disember 2011.

Wanita itu yang menjalankan perniagaan hiasan dalaman sejak 30 tahun lepas, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin atas alasan kesalahan yang dilakukan Ling itu adalah serius.

Peguam Khoo Wai Tuck yang mewakili tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kerana tujuan jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan juga tiada risiko untuk anak guamnya melarikan diri.

Hakim Hasbi Hasan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Julai depan untuk sebutan bagi penyerahan dokumen. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain