suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Myanmar Maut Ditikam Rakan Senegara

KUALA LUMPUR: Akibat tidak puas hati dengan saingan dalam perniagaan, seorang lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegara dalam kejadian di Jalan Besar, Pasar Borong Selayang lama, malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abd Rahim Abdullah berkata dalam insiden pada 7.30 malam itu, mangsa, seorang penjual sayur-sayuran yang dikenali sebagai Ali, 27, maut ditikam rakan yang juga menjalankan perniagaan sama di sebelah lokasi jualannya.

"Mangsa cedera parah di dada akibat ditikam dengan menggunakan pisau oleh suspek yang berumur 37 tahun. Siasatan mendapati lewat petang tadi, suspek mabuk dan bertengkar dengan mangsa sehingga mendorongnya menikam mangsa," katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Beliau berkata suspek yang dikenali sebagai Alam, kemudian melarikan diri dan polis sedang menjejaki lelaki itu.

Katanya, sebelum ini, Ali yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, dikatakan kerap bergaduh dengan suspek, dipercayai akibat saingan dalam perniagaan masing-masing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Lain