suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktiviti Perjudian Internet: 36 Ditahan Di Sri Rampai

KUALA LUMPUR: Seramai 36 orang ditahan di sekitar Taman Sri Rampai di sini dalam 30 serbuan di premis judi Internet sejak awal tahun ini.

Jurucakap Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 34 lelaki serta dua wanita, yang merupakan warga tempatan, China dan Indonesia.

Beliau berkata, dalam semua serbuan, polis merampas 275 unit komputer yang mempunyai unsur perjudian dan wang tunai RM 1,654 disyaki hasil kegiatan haram itu.

Katanya, pihak polis akan terus melakukan serbuan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan perjudian di kawasan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain