Bahasa Tamil Perlu Dijadikan Subjek Wajib - Maglin

KUALA LUMPUR: Bahasa Tamil dicadang dijadikan mata pelajaran wajib bagi pelajar India di sekolah kebangsaan bagi memastikan penguasaan bahasa itu di kalangan generasi muda kaum itu tidak terhakis.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'cruz berkata, ini bagi memastikan pelajar India bukan sahaja mampu bertutur dalam bahasa Tamil dengan baik, tetapi juga mampu membaca terbitan dalam tulisan Tamil.

Pada masa kini, terdapat pelajar Tamil yang hanya mampu bertutur dalam bahasa ibunda mereka tetapi tidak mampu membaca dalam bahasa tersebut, dan ini secara tidak langsung mempengaruhi penerbitan karya dalam bahasa Tamil, katanya.

"Isu ini patut diberi perhatian kerana jika tidak masalah kekurangan karya dalam bahasa Tamil sukar untuk diatasi," katanya kepada pemberita selepas menutup program "Mari Membaca 1Malaysia: Ore Malaysia Vaasika Vaarunggal" di sini, Ahad.

Program itu dianjurkan oleh Persatuan Penulis Tamil Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang bertujuan meningkatkan budaya membaca dalam kalangan kaum India selain memberi pengiktirafan kepada penulis dan karya Tamil.

Terdahulu dalam ucapannya, Maglin berkata, para penulis di negara ini perlu melihat kepada kumpulan sasar sebelum menghasilkan karya bagi memastikan bahan bacaan yang dihasilkan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Berdasarkan kajian olahan semula profil membaca masyarakat Malaysia pada 2010, ia menunjukkan rakyat negara ini yang berumur 10 hingga 40 tahun membaca purata lapan buah buku setahun, katanya.

Bagaimanapun, katanya bagi mereka yang berumur 41 tahun dan ke atas hanya membaca purata enam buah buku setahun dan keadaan itu mungkin disebabkan bahan bacaan yang sesuai bagi golongan tersebut tidak mencukupi.

"Penulis-penulis perlu melihat kepada keperluan semasa dan juga membuat jangkaan keperluan masa hadapan daripada segi bahan bacaan yang diperlukan," katanya.

Menurut Maglin sehingga 31 Disember 2011, Malaysia mempunyai seramai 5,150 orang penulis dan 9,609 penerbit.

Bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 495 judul bahan bacaan dalam bahasa Tamil direkodkan dan diserahkan kepada PNM di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain