suria

Konvensyen Pakatan Rakyat Bermula Hambar

HAMBAR...Sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan di ruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di Alor Setar, Kedah masih kosong. Foto THESTAR/Muhamad Shahril Rosli

ALOR SETAR: Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 bermula dengan sambutan hambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan di ruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti di sini kosong.

Sehingga hampir pukul 10 pagi iaitu selepas sejam majlis bermula, kelihatan hanya kira-kira 1,200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 2,000 perwakilan.

Turut kosong kerusi dibahagian pemerhati yang hanya dipenuhi kira-kira 400 orang.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar mensasarkan kehadiran lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati pada konvensyen kali ini.

Konvensyen yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat.

Antara pimpinan komponen pembangkang yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Artikel Sebelum

Artikel Lain