Team hiburan Mingguan mStar. Dari kiri Siti Azira, Kemalia, Niezam, Feride, Wahi dan Qayum (duduk, tengah).
Team hiburan Mingguan mStar. Dari kiri Siti Azira, Kemalia, Niezam, Feride, Wahi dan Qayum (duduk, tengah). MINGGU lepas saya berhenti di sebuah stesen minyak Petronas, di Ampang, Selangor. Saya meletakkan kereta saya di sebuah tempat letak kereta di kawasan stesen minyak itu.Sambil saya berjalan menuju ke kedai serbaneka stesen minyak itu, saya melihat seorang lelaki yang merupakan pekerja di sebuah jabatan kerajaan berdasarkan kepada tanda nama yang dipakainya. Budak lelaki itu menyapa kawannya dengan pekat loghat Penang. “Weiii... hang tengok dak tu... artis... artis.”Kawan dia yang tinggi lampai pun menyampuk... “Mana? Artis mana?” sambil melihat ke arah beberapa kereta mewah seperti BMW, Mercedes dan Porshe yang melalui kawasan stesen minyak itu.Mamat yang bercakap pekat loghat Penang itu berkata lagi... “Hang dok tengok kereta mana? Kereta tu la... kereta yang buruk tu...”Selepas mendengar dia bercakap macam itu, saya pun terus berpusing melihat ke arah kereta buruk yang dimaksudkan.Ya... saya nampak artis itu, seorang pengacara, pelawak dan pelakon wanita 80-an yang semakin popular sekarang ini.Saya pun serba salah. Mahu angkat tangan atau tidak? Akhirnya saya membuat keputusan untuk memalingkan muka saya agar artis itu tidak nampak kelibat saya.Bukannya apa, saya terfikir dan bimbang takut nanti artis tu malu kerana terserempak saya ketika dia sedang menaiki kereta buruk.Saya tak kisah pun. Saya tak pernah meletakkan persepsi kehebatan seseorang itu terhadap apa yang dia miliki.Tapi saya cuma takut artis tersebut sahaja yang malu apatah lagi selepas saya mendengar budak Penang itu seolah-olah terkejut dengan kenderaan yang dimiliki oleh artis berkenaan.Insiden itu memperlihatkan bahawa dunia artis ini sering dinilai kepada keupayaan mereka memiliki sesuatu yang mewah.Kalau mereka mempunyai kereta mewah yang berjuta harganya, mereka akan dilihat seperti artis yang hebat walaupun mereka mungkin hanya tinggal di sebuah rumah setinggan.Menjadi artis sama seperti mereka yang bekerja dengan skim jualan langsung (MLM). Orang MLM selalu memperagakan kereta mewah mereka untuk menarik perhatian orang ramai.Apa yang saya lihat itu sebenarnya menggambarkan bukan mudah untuk menjadi artis.Orang sentiasa ingat, artis semua kaya raya tetapi kerjaya sebagai artislah yang paling banyak pancarobanya berbanding pegawai kerajaan itu. Apa yang saya hendak pesan kepada pegawai kerajaan tersebut, jangan ingat semua artis kaya. Artis pun macam orang biasa yang mencari rezeki macam kita juga.Cuma rezeki mereka melalui media yang ditonton oleh orang ramai. Jadi usahlah terkejut kalau selepas ini ada artis ternama yang naik motor kapcai pergi ke pasar!NIEZAM: Pakai kereta buruk buatan Jepun.Sudah! Henti buat cerita bohong SUDAH lama saya perasan taktik pelakon wanita ini. Saya akui lakonan dia memang hebat. Bukan saja di televisyen tapi di luar televisyen pun dia memang pandai berlakon.Lakonan dia menjadi bertambah mantap apabila semakin hampir acara-acara besar seperti anugerah-anugerah tertentu yang memungkinkan namanya dicalonkan.Jadi, pada masa itulah dia mula mencipta kisah-kisah bohong untuk menarik perhatian masyarakat bagi mempengaruhi mereka untuk mengundinya.Kepada pembaca di luar sana, saya ingatkan, jangan sesekali tertipu dengan helah artis wanita seorang ini.Dia memang gilakan publisiti murahan dan sanggup melakukan apa sahaja agar kisahnya terpampang di akhbar.Kalau anda terbaca apa saja cerita peribadi termasuklah soal kahwin dan sebagainya, ingatlah pesan saya... itu semua bohong... sekali lagi saya ulang, bohonggg!!!Sebelum ini sudah macam-macam kontroversi dia bikin sehingga bolen dikatakan saban hari kisah panasnya menjadi perhatian umum.Dan apabila hendak masuk sahaja tahun baru, dia sudah memasang strategi untuk mendapatkan publisiti bagi meraih perhatian kerana terdapat beberapa acara penting yang telah dirancang pada tahun hadapan.Artis ini memang bijak bersandiwara tetapi kita semua tidak pernah terfikir, selama ini dia telah menipu kita dengan cerita-cerita yang tidak benar.Saya senantiasa berpesan kepada diri saya. Apabila kita sayangkan seseorang itu, kita perlu mengkritiknya. Kalau kita terlalu banyak memuji, maka artis ini akan menjadi gajah yang akan memijak apa saja yang ada di depan matanya.Saya tidak mahu menjadi mangsa seekor gajah betina. Kerana gajah kalau dia naik minyak, dia akan memijak apa saja termasuklah kebun-kebun pisang dan juga menyondol batang balak sekalipun.Jadi, sebelum gajah betina ini naik minyak untuk mendapat publisiti muka depan akhbar, cepat-cepatlah kita sediakan senapang patah. Artis macam inilah menyebabkan dunia hiburan menjadi kalut.NIEZAM: Bohong sunat.Jumpa kami di mStar OnlineHari ini (25 Disember 2011) adalah hari terakhir saya menitipkan coretan di akhbar berbahasa Malaysia pertama dalam sebuah akhbar Inggeris ternama ini.Tak dinafikan, perasaan sedih menyelubungi diri saya dan kawan-kawan apabila penerbitan Mingguan mStar diumumkan untuk ditutup dan hari ini adalah penerbitan terakhirnya.Ia adalah keputusan syarikat yang ingin memberi ruang kepada perniagaan digital ataupun dalam talian (online). Tapi saya percaya kemajuan teknologi akan memudahkan kita untuk berurusan. Dan atas dasar itu saya mengajak semua pembaca dan peminat ruangan hiburan Oopstarz! ini untuk terus memberi sokongan dengan melayari portal berita www.mstar.com.mySebagai Pengarang Hiburan yang berkhidmat sejak 1 Jun 2010, saya memberi keyakinan untuk menyajikan bahan hiburan yang lebih pantas, terkini serta sensasi menerusi portal mStar online.Dengan pasukan wartawan hiburan yang muda dan dinamik, mstar online akan menjadi tempat rujukan semua peminat industri hiburan dengan keupayaan kami mengesan apa juga berita yang akan disampaikan sepantas kilat.Saya percaya, perubahan wajah portal mstar online juga akan berlaku dalam sedikit masa lagi dengan suasana yang lebih menarik dan mesra pembaca.Saya dan Pengarang Bersekutu mStar, Rozaid A.Rahman mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pasukan wartawan hiburan yang selama ini bekerja keras dalam menjayakan sisipan OopStarz! iaitu Wahiduzzaman, Kemalia, Siti Azira, Feride dan Qayum.Kepada Azira dan Kemalia yang akan berpindah ke unit baru, saya pasti kita akan dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.Apa yang penting sesuatu yang luar biasa akan berlaku untuk tatapan pembaca di mStar Online. Kami tidak berkubur tetapi kami tetap ada cuma tempatnya sahaja berbeza.Seribu kemaafan daripada kami sekiranya selama ini terdapat kata-kata yang mengguris hati. Salam sayang daripada saya untuk anda semua.NIEZAM: Tak kenal maka tak cinta.