suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ATM Tawar Kursus Ketenteraan Latih Anggota Pertahanan Myanmar

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menawarkan 16 kursus ketenteraan untuk anggota pertahanan Myanmar, termasuk di Maktab Turus Angkatan Tentera di sini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata tawaran itu disampaikan kepada rakan sejawatnya Leftenan Jeneral Hla Min yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia sejak Khamis.

Hla Min bersetuju menerima sembilan daripada 16 kursus ketenteraan itu, katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Pertahanan Myanmar, yang pertama kali selepas 30 tahun mengadakan lawatan rasmi ke negara ini, di pejabat beliau, Jumaat.

Ahmad Zahid berkata mereka turut membincangkan usaha mempertingkatkan kerjasama dalam bidang ketenteraan antara antara kedua negara.

Beliau berkata Hla Min juga menyatakan minat Myanmar memperoleh dan mempelajari produk pertahanan keluaran Malaysia bagi memodenkan senjata serta industri pertahanan negara itu.

"Beliau mengatakan produk Malaysia cukup sesuai bagi memodenkan pertahanan mereka, namun tertakluk kepada bajet kewangan mereka, dan kita faham keadaan ini kerana mereka baru sahaja mengamalkan dasar terbuka dalam bidang pertahanan.

"Ini merupakan benda yang baru dan mereka mempunyai potensi yang besar," katanya.

Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan itu juga, Hla Min bersetuju menghantar delegasi pegawai kanannya melihat produk dan aset yang boleh dibeli daripada industri pertahanan di negara ini.

Delegasi Kementerian Pertahanan Myanmar juga akan menyertai pameran Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA)dan Persidangan serta Pameran Perkhidmatan Pertahanan Disember ini bagi melihat dengan lebih dekat produk pertahanan keluaran negara.

"Kerjasama ini bukan hanya untuk menjual produk pertahanan sahaja, namun lebih kepada kerjasama memperkuatkan perpindahan teknologi serta ilmu dalam industri ini (pertahanan)," katanya.

Hla Min turut melawat Sapura Group dan Airod sebagai langkah pertama melihat teknologi Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain