Anwar Akui Wujud Usaha Singkir MB Selangor - Semasa | mStar

Anwar Akui Wujud Usaha Singkir MB Selangor

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengakui wujud usaha di peringkat dalaman parti itu untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Anwar, kepimpinan tegas Abdul Khalid mentadbir Selangor selepas pilihan raya umum 2008 menjadi punca kepada perasaan tidak puas hati di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR.

"Yang dibangkitkan tentang cara pengurusan Menteri Besar yang agak tegas.

"Ini pandangan yang dikemukakan, dan ia telah pun kita selesaikan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Anwar mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang dipetik daripada laman blog berhubung wujudnya memorandum yang diserahkan kepada beliau untuk memecat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, sistem demokrasi yang diamalkan PKR membolehkan semua pihak memberi pandangan serta menegur mengenai kepimpinan parti di semua peringkat.

"Kita ambil satu pendekatan yang demokratik, ahli boleh bantah atau kemuka cadangan minta ganti sama ada ketua umum, presiden ataupun Menteri Besar.

"Tapi perkara ini telah diselesaikan dengan baik... sekarang ini kita bagi mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai MB," katanya.

Artikel Sebelum

Akta Jimat Tenaga Jangka Kuatkuasa 2014

Artikel Berikut

Bantuan RM100 Pelajar Sekolah Diagih Disember

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain