Pelakon Ako Mustapha Bebas Hukuman Penjara

Ako Mustapha
Ako Mustapha
Ako Mustapha

SHAH ALAM: Pelakon, Ako Mustapha pada Selasa, menarik nafas lega apabila tidak lagi dibelenggu dengan hukuman penjara tiga bulan yang dikenakan ke atasnya bagi kesalahan berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam, empat tahun lalu.

Ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini, yang mengetepikan hukuman penjara tersebut, selepas menerima rayuan yang difailkan oleh pelakon terbabit.

Bagaimanapun, mahkamah berkenaan mengekalkan hukuman denda RM3,000 yang telah dijelaskan oleh Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 40, pada 21 April 2009.

Ako yang hadir di mahkamah bersama peguam syarienya, Akbardin Abdul Kader menerima keputusan itu dengan penuh kesyukuran dan menyifatkan satu beban yang digalasnya kini berkurangan.

"Selepas ini senang untuk saya memberi fokus kepada kerjaya," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri yang bakal ditayangkan di TV3.

Pelakon yang pernah membintangi drama “Halimah Jogang” itu juga memberitahu, dia kini boleh memberitahu rakan-rakan bahawa kes tersebut akhirnya selesai, memandangkan ada di antara mereka yang terkejut apabila dimaklumkan kes masih berjalan.

"Pada awalnya, ramai yang bertanya, tetapi disebabkan lama ditangguhkan, ramai termasuk pihak produksi yang lupa dengan kes ini.

"Saya seorang yang tidak banyak mendatangkan masalah, jadi selepas kes itu berlaku, saya menjadi seorang yang lebih pendiam," tambahnya.

Ako juga memberitahu, dia bersyukur kerana mendapat sokongan daripada isterinya, Kartina Shuaib Abdullah sepanjang prosiding berjalan.

Namun begitu, Ako tidak dapat berkongsi berita gembira itu serta-merta dengan Kartina yang tidak dapat meninggalkan anak tunggal mereka, Merissa Tempawan, setahun lapan bulan yang sedang demam.

Terdahulu, Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad membuat keputusan untuk mengetepikan hukuman penjara selepas berpuas hati bahawa Hakim Mahkamah Rendah Syariah telah terkhilaf dalam membuat keputusannya.

Berdasarkan penghakiman Abu Zaky yang dibacakan oleh Hakim Syarie Mohamad Adib Husain, hakim berkenaan berpendapat kesalahan yang dilakukan Ako adalah kesalahan takzir (hukuman yang tidak ditentukan kadar atau hukuman dalam Al-Quran dan Hadis) yang lebih untuk mencapai pencegahan berbanding bersifat menghukum.

Selain itu, Abu Zaky juga berpendapat hakim Mahkamah Rendah telah terkhilaf apabila gagal mempertimbangkan faktor bahawa Ako telah mengaku bersalah, seorang pesalah pertama, telah berkeluarga dan telah bertaubat serta kesal dengan kesalahan yang dilakukan dalam menjatuhkan hukuman.

Dalam kes ini, Ako yang sinonim dengan watak “Kapten Boleh” memfailkan rayuan selepas tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada 21 April 2009.

Hukuman itu dijatuhkan atas kesalahan berkhalwat dengan Anang Sagunting, 27, yang berasal dari Medan, Indonesia, yang didakwa berlaku pada pukul 1.20 pagi, 27 Jun 2007 di Kondominium Oakleaf Park, Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Ako hanya datang menyerah diri ke mahkamah pada 20 Januari 2009 selepas waran tangkap dikeluarkan ekoran kegagalannya hadir ke mahkamah sejak kes itu mula disebut pada tahun 2007.

Artikel Sebelum

UPP Rampas Rokok Di Parkir Tokong

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain