suria

28 Kes Penceraian Tertunggak Di KL Akan Diselesaikan Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mensasarkan 28 kes penceraian tertunggak sejak 2008 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan akan dapat diselesaikan tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata langkah ini sejajar dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JKSM yang mahu kes-kes tertunggak lebih daripada tiga tahun diselesaikan pada tahun ini juga.

Sehubungan itu, beliau berkata pembukaan dua unit transit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) pada Ahad di kuarters kerajaan Jalan Duta di sini akan memudahkan lagi tujuan tersebut.

"Pembukaan BSK ini menjadikan jumlah unit BSK kepada enam buah termasuk dua di Kompleks Darussa'dah di Jalan Ipoh dan dua lagi di Putrajaya.

"BSK juga selain itu turut membiayai makan dan minum serta tambag pergi balik ke mahkamah bagi meringankan beban mereka sementara kes mereka dibicarakan di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan unit tersebut di sini Ahad.

Katanya, seramai 96 pegawai JKSM akan ditugaskan di unit berkenaan bagi menyelaraskan keperluan mereka yang tinggal di unit transit tersebut.

Dalam pada itu beliau turut mengulas perbuatan wanita bertudung labuh dan berpurdah tetapi mencemuh dan mencaci polis pada perhimpunan haram 9 Julai lepas.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain