suria

Proton Menang Anugerah Kereta Rakyat & Nilai Bagi Wang

SUBANG: Proton Holdings Bhd merebut anugerah kereta rakyat dan nilai bagi wang untuk kereta keluarga terbaik pada majlis Anugerah Industri Auto - Auto Asia 2011.

Proton Saga FaceLift (FL) 1.6L telah memenangi kategori kereta rakyat terbaik dan Proton Inspira 1.8 memenangi anugerah kategori kereta keluarga bagi nilai bagi wang.

"Proton Saga FL dan Proton Inspira telah berjaya di segi jualan dan anugerah ini adalah satu rangsangan bagi kereta itu dan syarikat untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik," kata Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar Sdn Bhd Sidik Abdul Hamid dalam satu kenyataan, Selasa.

Majlis tahunan keempat itu menyediakan 19 anugeah bagi mengiktiraf industri automotif terbaik di Malaysia pada tahun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain