suria

Plus Tutup Pusat Operasi Khidmat Pelanggan Tol Ayer Keroh

KUALA LUMPUR: PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan menutup sementara operasi Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Ayer Keroh pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai esok.

PLUS dalam satu kenyataan berkata penutupan tersebut dilakukan berikutan kerja-kerja menaik taraf plaza tol tersebut yang sedang giat dijalankan.

Menurutnya, penutupan itu juga akan meningkatkan lagi keselesaan pengguna lebuh raya.

"Pelanggan masih boleh menambah nilai kad 'Touch N Go' mereka di stesen minyak Petronas di R&R Ayer Keroh (arah Utara) atau Lorong Tambah Nilai di Plaza Tol Simpang Ampat (lorong masuk) atau di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di Plaza Tol Yong Peng Utara," kata PLUS. BERNAMA

Artikel Lain