Beli Bank Muamalat Akan Jejaskan BIMB

KUALA LUMPUR: Prestasi BIMB Holdings Bhd. (BIMB) didakwa akan terjejas jika syarikat itu meneruskan hasrat mengambil alih Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat).

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, tindakan itu akan membawa lebih beban kepada Bimb.

"Saya percaya pengambilalihan itu dilakukan untuk menyelamatkan Bank Muamalat yang dilanda masalah kewangan. Saya tidak mahu budaya tidak sihat yang akan merugikan rakyat berulang lagi," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Sebelum ini, Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah Nasional) dilaporkan akan melupuskan pegangan mereka di dalam Bank Muamalat sebanyak 30 peratus.

Manakala, kepentingan selebihnya bank itu dipegang oleh DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) sejak 2008.

Pelupusan kepentingan Bank Muamalat milik Khazanah itu dilihat selari dengan hasratnya untuk melupuskan pegangan dan aset bukan utamanya secara berperingkat.

Sayap pelaburan kerajaan itu dipercayai telah menunjukkan minat untuk menjualnya kepada BIMB.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pengambilalihan itu memerlukan penjelasan telus daripada pemegang saham Bank Muamalat memandangkan BIMB memiliki rangkaian yang cukup meyakinkan di seluruh negara.

Ekoran pengambilalihan itu, Salahuddin yakin, Bank Muamalat kini berdepan masalah besar dan menggesa bank tersebut supaya bersikap telus dalam isu berkenaan.

"Saya harap Bank Muamalat dedahkan status kewangan dengan terperinci, apa sebenarnya yang berlaku pada mereka? Kenapa Bank Islam mahu mengambilalih bank bermasalah ini?," katanya.

Jelas Salahuddin, beliau akan menghantar surat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil kedua-dua pemegang saham Bank Muamalat bagi menjelaskan status bank itu.

"Saya bimbang penggabungan itu mungkin diarahkan oleh tangan-tangan tertentu. Jika BIMB dipaksa membeli Bank Muamalat, tindakan itu amat menyedihkan. Bank yang memiliki kewangan kukuh tidak mungkin akan bergabung dengan bank yang bermasalah," katanya.

Salahuddin berkata, sumber kewangan yang bakal digunakan untuk penggabungan itu lebih baik disalurkan untuk tujuan lebih baik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain