suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Sabah Sambut Baik Dana PNM RM2 Juta Bantu Penulis Hasilkan Karya

KENINGAU: Pergerakan Pemuda Umno Sabah menyambut baik langkah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menyediakan dana RM2 juta bagi membantu penulis buku tempatan memulakan penerbitan karya mereka.

Ketuanya Azman Ruslan berkata inisiatif PNM itu boleh membantu menggalakkan penulis tempatan menghasilkan lebih banyak buku-buku bermutu.

"Pemuda sangat mengalu-alukan langkah PNM itu kerana kami tahu ramai penulis di negara ini, termasuk di Sabah yang gigih berkarya tetapi tidak dapat menerbitkan karya mereka disebabkan kekurangan modal.

"Malah saya pernah ditemui beberapa penulis Sabah yang mengadu tentang masalah menerbitkan buku mereka disebabkan kekurangan modal.

"Pemuda berharap PNM akan turut memberi pertimbangan kepada penulis-penulis Sabah yang ingin menerbitkan buku mereka selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan PNM," katanya kepada Bernama, di sini, Ahad.

Azman mengulas laporan Bernama semalam yang memetik kenyataan Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar, bahawa penulis tempatan kini boleh memohon modal untuk memulakan penerbitan dari Dana Penulis yang disediakan PNM berjumlah RM2 juta.

Menurut Raslin dana itu diberikan kepada penulis yang menghasilkan karyanya seratus peratus serta menghantar terbitan mereka kepada PNM.

Azman juga menyeru para penulis tempatan supaya menghasilkan lebih banyak buku-buku berunsur sejarah serta berdasarkan kajian, terutama sekali mengenai sumbangan, peranan dan perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang telah membantu Sabah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.

Sementara itu, penasihat Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) Latif Kandok yang turut mengalu-alukan penyediaan dana itu berkata dana itu diyakini akan menyuntik semangat penulis buku tempatan di Sabah untuk menghasilkan buku-buku yang berkualiti terutama sejarah pembentukan Malaysia.

"Kita berharap penulis tempatan Sabah termasuk penulis daripada kaum kadazandusun Murut mendapat manfaat daripada dana ini yang pasti akan merancakkan industri penerbitan buku negara," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain