suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

7,000 Bungkus Rokok Bernilai RM103,488 Dirampas Di Tawau

TAWAU: Pasukan Gerakan Marin Tawau merampas 7,000 bungkus rokok bernilai RM103,488 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini melalui sungai, pada Ahad.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Tawau ASP R. Krishnan berkata dalam operasi pada pukul 9 malam hasil maklumat orang ramai itu, pihaknya menemui 14 kotak yang ditinggalkan di tebing sungai dekat Kinabutan.

"Setelah memeriksa kotak berkenaan, kami menemui 4,500 bungkus rokok berjenama Mighty King Size dan 2,500 bungkus berjenama Mighty Menthol King Size," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain