suria

Saman Ekor Tidak Akan Dihentikan, Kata Abu Seman

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menghentikan tindakan mengeluarkan saman ekor kepada pesalah trafik, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Ini kerana katanya, saman ekor tersebut sebenarnya adalah notis saman yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada pesalah jalan raya yang ingkar terhadap Notis POL 170A yang dikeluarkan ke atas mereka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Oleh kerana ia adalah berlandaskan undang-undang, kerajaan tidak bercadanag untuk menghentikan proses ini.

"Justeru persepsi masyarakat dalam mentakrifkan notis saman in sebagai saman ekor perlu diperbetulkan," katanya menjawab soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Notis POL 17A ini katanya, ditakrifkan sebagai borang yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berdaftar menurut Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan bagi mendapatkan maklumat dan identiti serta alamat pemandu yang dikesan melakukan kesalahan trafik berkaitan had laju yang dirakam menerusi kamera perakam elektronik.

Mengulas lanjut, Abu Seman berkata walaupun tindakan saman itu menimbulkan rasa tidak senang pada orang ramai, pelaksanaannya menyebabkan pemandu lebih berhati-hati kerana ada persepi akan ditangkap.

"Menerusi usaha-usaha yang dijalankan ini, PDRM yakin dan percaya tahap kesedaran masyarakat telah dapat dipertingkatkan yang mana ia memberi impak dalam jangka masa panjang dalam mengurangkan kemalangan jalan raya," katanya.

Md Sirat dalam soalannya ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menghentikan aktiviti saman ekor terhadap pesalah trafik dan sama ada tindakan tersebut menimbulkn reaksi tidak senang pada orang ramai serta sejauh mana ia dapat mengurangkan kemalangan jalan raya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Artikel Berikut

Artikel Lain