suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Galas di Dewan Sivik Gua Musang di sini malam Khamis.-Foto THE STAR: MUHAMMAH SYAHRIL ROSLI.

GUA MUSANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang baru, Ab Aziz Yusoff berjanji akan menyelesaikan masalah rakyat dikawasannya.

Beliau berkata, selepas diberi kepercayaan dengan mandat yang tinggi oleh rakyat di DUN Galas, perkara utama yang akan menjadi tumpuannya ialah dengan membawa pembangunan ke kawasan berkenaan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada rakyat Galas kerana memberikan kepercayaan kepada saya dengan begitu banyak dan menaruh keyakinan yang tinggi kepada saya sebagai orang baru dalam DUN," katanya kepada media selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil DUN Galas di sini malam Khamis.

Ab Aziz merampas semula kerusi DUN Galas daripada PAS dengan majoriti 1,190 undi dengan memperolehi sebanyak 5,324 undi. Beliau menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed yang mendapat 4,134 undi.

Mengulas mengenai sokongan pengundi Cina yang meningkat kepada BN, beliau berkata: "Bukan sahaja undi Cina, namun undi di kalangan masyarakat Melayu, India dan juga Orang Asli juga telah meningkat dan berpihak kepada BN.

"Ini menunjukan masyarakat di Galas sudah mula menolak kepimpinan PAS yang gagal membawa pembangunan di kawasan ini."

Artikel Berikut

Artikel Lain