suria

Pekerja Bekerja Pada 16 Sept Perlu Diberi Cuti Umum Berbayar

KUALA LUMPUR: Pekerja yang bekerja esok 16 September, yang disambut sebagai Hari Malaysia, perlu diberi cuti umum berbayar, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam pada Rabu.

"Perkara ini tertakluk di bawah Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955," katanya kepada Bernama.

Bernama menerima beberapa panggilan daripada syarikat-syarikat swasta yang meminta penjelasan sekiranya cuti umum sempena Hari Malaysia turut membabitkan sektor swasta.

Kerajaan mengumumkan mulai tahun ini, tarikh 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Hari Malaysia dan penetapan itu diwartakan pada 9 November 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

18 Maut Hari Ke-11 Ops Sikap Ke-22

Artikel Lain