suria

23 Terkorban Pada Hari Ketujuh Ops Sikap Ke-22

KUALA LUMPUR: Hari ketujuh Ops Sikap ke-22 mencatatkan 23 lagi korban jalan raya menjadikan jumlah mereka yang maut sejak operasi dilancarkan pada Jumaat lepas meningkat kepada 118 orang.

Pegawai Perhubungan Ops Sikap Polis Diraja Malaysia ASP Bakri Jainal Abidin berkata pemandu dan penumpang kereta mencatatkan korban tertinggi dengan 12 kematian diikuti sembilan penunggang dan pembonceng motosikal, serta masing-masing satu pengguna lori dan pejalan kaki.

Sebanyak 1,269 kemalangan dilaporkan berlaku semalam, iaitu 578 di jalan persekutuan, 314 jalan bandaran, 192 jalan negeri, 99 di lebuh raya dan 86 di lain-lain jalan, katanya kepada Bernama.

Sebanyak 10,827 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya melibatkan 6,609 dan 4,218.

Ops Sikap ke-22 sempena Hari Raya Aidilfitri ini akan berakhir pada 17 September.

Artikel Berikut

Artikel Lain