suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Individu Ditahan Di Selangor Kerana Bakar Mercun

SUNGAI BULOH: Polis Selangor telah menahan 13 individu kerana kesalahan membakar mercun yang dilarang dalam tempoh tiga hari lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar berkata penahanan mereka yang berusia antara 15 dan 30 tahun itu adalah hasil pemantauan di 117 kawasan.

"Kita nak ingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka agar tidak bermain dengan barang larangan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Kita tidak mahu anak-anak ini juga menyambut raya di dalam lokap hanya kesalahan bermain mercun," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota polis trafik yang bertugas di khemah Ops Sikap di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu bagaimanapun telah dibebaskan setelah diambil keterangan.

Sementara itu mengulas kemalangan di negeri itu sejak Ops Sikap ke-22 bermula, Khalid berkata setakat ini sebanyak 10 kematian dicatatkan.

"Sebanyak 10 kematian telah direkodkan yang mana lima kematian dicatatkan dalam kawasan Ops Sikap manakala lima lagi dikawasan luar Ops Sikap," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain