suria

15 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

TAWAU: Sekurang-kurangnya 15 rumah yang didiami 80 penghuni musnah dalam satu kebakaran di Kampung Pasir Putih, dekat sini, Selasa.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Albert Jiran Tanjung berkata dua kereta bomba dan tiga kenderaan sokongan dengan 17 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 11.24 pagi.

"Ketika anggota bomba sampai di tempat kejadian, api sedang marak dengan kuat, namun ia dapat dikawal daripada merebak ke kawasan lain pada pukul 12.34 tengahari," katanya kepada pemberita di sini.

Albert berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu manakala jumlah kerugian belum diketahui.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Kalabakan Abd Muis Picho berkata Umno bahagian itu akan memberikan bantuan kilat RM300 kepada setiap ketua isi rumah yang terlibat dalam kebakaran tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Dan MCA Bantu Mangsa Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain