suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Ambil Langkah Wajar Dengan Menjauhkan Diri Daripada Perkasa

KUALA LUMPUR: Umno mengambil langkah yang wajar dengan menjauhkan dirinya dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), menurut naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan.

Beliau berkata mereka yang berfikiran waras atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah menjauhkan diri mereka dengan pertubuhan yang diketuai anggota parlimen Pasir Mas itu Datuk Ibrahim Ali.

“BN (Barisan Nasional), khasnya kepimpinan Umno, terpaksa membuat penjelasan bahawa Perkasa atau Ibrahim Ali tidak disokong oleh Umno jika mereka mahukan sokongan kaum Cina dan komuniti lain,” kata Huan dalam kenyataan.

Rabu lepas, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak menyokong Perkasa atau Ibrahim pada pilihan raya umum akan datang.

Huan juga berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan orang ramai mahu melihat sesuatu yang konkrit dan BN tidak perlu bimbang mengenai Perkasa.

Sehubungan itu, Huan berkata PCM menyokong konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia juga akan menentang habis-habisan apa yang dianggapnya "semua bentuk prejudis, ekstremisme dan racis". - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain