suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Orang Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran

ALOR SETAR: Empat belas orang kehilangan tempat tinggal apabila empat buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kuala Alor, Simpang Kuala, dekat sini, malam Rabu.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Idris Mydin, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.30 malam.

Sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.39 malam, tiga buah jentera bomba dengan 18 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan kebakaran dapat dikawal dalam masa 15 minit, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pemeriksaan awal menganggarkan setiap rumah terlibat mengalami kerugian kira-kira RM75,000.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa, Mohd Fauzi Wahab, 30, berkata kebakaran itu berpunca daripada rumah ibunya Sephiah Ahmad, 78.

"Ketika berehat selepas berbuka puasa dengan keluarga, saya nampak percikan di rumah ibu saya yang tinggal bersebelahan.

Saya bergegas ke rumah ibu dan membawa dia keluar. Api merebak dengan cepat," katanya.

Mohd Fauzi berkata dia tidak sempat menyelamatkan barang-barang lain termasuk persiapan Aidilfitri kerana api marak dengan cepat dan merebak ke rumah bersebelahan. - BERNAMA

Artikel Lain