1,500 Lesen Runcit Barang Kawalan 2010 Telah Dikeluarkan Setakat Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengeluarkan kira-kira 1,500 Lesen Runcit Barang Kawalan 2010 kepada peruncit di seluruh negara setakat ini.

“Itu tidak bermakna permohonan adalah sebanyak itu. Permohonan adalah lebih dari itu,” kata Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd Zain Mohd Dom kepada media di sini hari ini.

Katanya pengeluaran lesen itu tidak termasuk lesen yang telah dikeluarkan kepada semua pasar raya besar.

Kementerian baru-baru ini telah melaksanakan Lesen Runcit Barangan Kawalan berkuatkuasa 15 Jun tetapi kemudiannya dilanjutkan sehingga 1 Julai ini.

Peruncit yang menjual barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung juga boleh mendapatkan lesen itu secara percuma di mana sebelum ini telah dikenakan sebanyak RM10.

Mohd Zain berkata malah pengeluaran lesen akan hanya mengambil satu hari.

“Kami akan memudahkan permohonan peruncit terutama peruncit yang berada di kawasan kampung dan pedalaman. Pegawai kami bersedia untuk datang ke tempat mereka bersama borang permohonan,” katanya.

Ketika ini terdapat 70,000 peruncit di seluruh negara.

Beliau berkata pihak kementerian melihat betapa pentingnya kerjasama berterusan antara warga peruncit dan kerajaan supaya penjualan barang kawalan sampai kepada pengguna terakhir.

Mohd Zain berkata antara tujuan perlaksanaan lesen tersebut adalah bagi melindungi peruncit yang beretika di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Bagi peruncit tidak beretika seperti menyimpan stok barang kawalan berlebihan dari permintaan, peruncit tidak boleh didakwa kerana mereka tidak dilesenkan sebelum ini,” jelasnya.

Memberi contoh gula, katanya dengan adanya lesen ini para peruncit bukan saja boleh memohon untuk mendapat bekalan sehingga 200kg malah boleh mendapatkan lebih dari had itu dengan menunjukkan bukti invois pembelian sebelum ini sekurang-kurangnya dua bulan.

Ditanya tentang kerisauan beberapa golongan peruncit dengan perlaksanaan lesen itu sehingga ingin memboikot penjualan, Mohd Zain berkata pihak kementerian telah memberikan begitu banyak kelonggaran bagi perlaksanaan lesen itu.

Dilaporkan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang mempunyai kira-kira 20,000 ahli mahu menghentikan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum berkuat kuasa 15 Jun ini.

"Ia tiada masalah kerana terdapat banyak orang yang sedia menjualnya. Saya rasa ia bukan satu masalah yang besar tetapi kita mahu bersama dengan semua. Mereka pragmatik, dan saya yakin mereka boleh menilai dan mempertimbangkan ia semula,” katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain