suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Singapura Cedera Ditembak Di Johor Baharu

JOHOR BAHARU: Seorang warga Singapura cedera akibat ditembak di Jalan Abdullah Tahir di sini awal pagi tadi.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu yang cedera di peha kanan dan pinggang kiri telah dikejarkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil. Kejadian dilaporkan berlaku pada 2.30 pagi.

"Sebelum kejadian terdapat orang awam yang telah melihat suspek dan mangsa bertengkar di tepi jalan. Selepas itu beberapa das tembakan telah dilepaskan ke arah mangsa," kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mangsa didapati mempunyai beberapa rekod jenayah kesalahan lampau di Singapura dan Malaysia.

Suspek pula dipercayai seorang lelaki berusia 40-an yang juga merupakan warga republik itu.

"Suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau di Malaysia dan kini sedang diburu oleh pihak polis," katanya.

Mohd Mokhtar berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Cuba Bunuh) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun. - BERNAMA

Artikel Lain