suria

Ahli Perniagaan Malaysia Terajui Cardiff City FC

Chan Tien Ghee (kiri) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, Gethin Jenkins di Stadium Cardiff City selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa kelab semalam.
Chan Tien  Ghee (kiri) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, Gethin Jenkins di Stadium Cardiff City selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa kelab semalam.
Chan Tien Ghee (kiri) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, Gethin Jenkins di Stadium Cardiff City selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa kelab semalam.

CARDIFF: Hanya tujuh minit sahaja diperlukan oleh pemegang saham Kelab Bolasepak Cardiff City (Cardiff City FC) untuk memilih ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee sebagai pengerusi kelab menggantikan Peter Ridsdale yang memegang tampuk selama lima tahun.

Di samping itu, pemegang saham turut membenarkan Tien Ghee membawa masuk pelabur Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah yang baru.

"Hari ini ialah hari bersejarah bukan sahaja bagi diri saya tetapi juga Malaysia," katanya kepada The Star selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pagi kelmarin.

Beliau mengepalai konsortium Malaysia dengan memiliki 36.37 peratus pegangan saham bernilai £6 juta (RM28.8 juta).

Selain itu Tien Ghee yang juga Pengarah Urusan Central Malaysian Properties Sdn Bhd dengan saham 10 peratus sementara taikun Berjaya, Tan Sri Vincent Tan selebihnya. Tien Ghee berjaya meyakinkan Tan untuk melabur tahun lalu.

Ratusan ahli yang menghadiri EGM itu tanpa ragu-ragu membuat undian memilih ahli perniagaan Malaysia itu kerana berjaya membawa keluar kelab bolak sepak itu dari masalah kewangan.

Beliau berkata: “Inilah EGM paling lancar dalam sejarah Cardiff City sejak bertahun-tahun lalu kerana kita memiliki landasan yang lebih kukuh.

“Lembaga pengarah telah melakukan sesuatu dalam peristiwa penting sepanjang sejarah kelab ini, dengan kemudahan, infrastruktur, bilik khas kakitangan selain pasukan itu mendapat peluang yang baik serta menyahut cabaran untuk langkah seterusnya ke Liga Perdana.

“Kita akan bekerjasama dengan lebih baik selepas ini, memanfaatkan minat yang sama, saling mempercayai dan penglibatan setiap penyokong lama serta baru kelab dalam usaha untuk memperoleh pengiktirafan dan kejayaan selama-lamanya.”

Sepanjang minggu ini adalah tempoh yang paling sibuk bagi Pengerusi baru kelab itu selepas menyaksikan Bluebirds terlepas peluang ke Liga Perdana sebaik sahaja tewas 3-2 kepada Blackpool Sabtu lalu dalam perlawanan semula kejohanan.

Beliau berikrar bahawa lembaga pengarah baru akan berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan apa yang perlu bagi memastikan kelab berkenaan menjadi pesaing utama ke Liga Perdana musim depan.

Artikel Lain